Wa (Jepun)
Wa (倭, "Jepun, orang Jepun", dari bahasa Cina 倭 Wō atau Wa) ialah nama tertua Jepun yang tercatat dalam sejarah. Para penulis China, Korea, dan Jepun pada zaman purba sering menuliskannya untuk menyebut Yamato. Aksara 倭 ("kurcaci") digunakan hingga abad ke-8. Setelah itu, orang Jepun menggantikan aksara ini dengan 和 yang bermaksud "harmoni, kedamaian, keseimbangan".