Yamato (watak Naruto)

Yamato merupakan salah satu watak fiksyen dalam siri Naruto, sebuah manga-animasi-permainan terkenal di Jepun, ciptaan Masashi Kishimoto.

Biodata
Nama Yamato
Kelahiran 10 Ogos
Umur 26-27 (Bahagian ll)
Tinggi 178 CM (Bahagian ll)
Berat 58.4 KG (Bahagian ll)
Jantina Lelaki
Elemen Elemen Tanah

Elemen Air

Elemen Yang


Kekkei Genkai Elemen Kayu (Tanah + Air)


Jenis Darah A
Rank Bahagian Il : Anbu

Gaiden : Jonin

Pasukan Penyusupan dan Pengintaian
Tempat asal Konohakagure

Yamato (ヤ マ ト, Yamato), juga dikenali sebagai "Tenzō" (テ ン ゾ ウ, Tenzō), keduanya adalah nama kod untuk seorang ahli Anbu yang kemudiannya menjadi jōnin dari kampung Konoha. Pada asalnya, Yamato merupakan salah sebuah hasil eksperimen yang dijalankan oleh Orochimaru dan Danzou bagi melahirkan shinobi yang mampu menguasai Elemen Kayu yang ketika itu cuma dikuasai oleh Hokage Pertama yang telah lama meninggal dunia. Yamato yang pada mulanya diletakkan di bawah penguasaan Danzou dibawa ke Konoha oleh Sarutobi Hiruzen iaitu Hokage Ketiga berikutan kemampuannya untuk menggunakan Elemen Kayu, satu elemen yang cukup sukar untuk dikuasai dan cuma dimiliki oleh pengasas kampung Konoha sendiri iaitu Hashirama Senju. Kebolehan Yamato menggunakan Elemen Kayu sangat diperlukan oleh kampung Konoha untuk mengawal Kyuubi yang dikunci dalam Uzumaki Naruto. Elemen Kayu yang dimiliki Yamato mempunyai teknik pengunci yang memiliki kekuatan untuk mengawal chakra Kyuubi dari terus menguasai tubuh badan Uzumaki Naruto. Dia dipanggil kembali dari pasukan ANBU oleh Tsunade dan dimasukkan ke dalam Kumpulan Kakashi sebagai pengganti sementara kepada guru Kumpulan 7, Hatake Kakashi. Sebaik sahaja Kakashi pulih dari kecederaan yang dialaminya dan kembali menyertai Kumpulan 7, Yamato masih lagi membantu Kakashi dalam meneruskan misi yang ditempuhi oleh Kumpulan 7.