Virus Nil Barat
| Virus Nil Barat | |
|---|---|
| Mikrograf Virus Nil Barat, berwarna kuning | |
| Pengelasan virus | |
| Group: | Kumpulan IV ((+)ssRNA)
|
| Keluarga: | |
| Genus: | |
| Spesies: | Virus Nil Barat
|
Virus Nil Barat (West Nile Virus, WNV) ialah virus RNA bebenang tunggal yang menyebabkan demam Nil Barat. Ia adalah ahli keluarga Flaviviridae, khususnya dari genus Flavivirus, yang juga mengandungi virus Zika, virus denggi, dan virus demam kuning. Virus Nil Barat secara amnya disebarkan oleh nyamuk, kebanyakannya spesies genus Culex, tetapi sengkenit juga didapati mampu membawa virus ini. Hos utama WNV ialah burung, maka virus ini tetap berada dalam kitaran penjangkitan "burung-nyamuk-burung".