Venera 1

Venera 1
Kapal angkasa Venera 1
PengendaliUSSR
Jenis misiLintas lalu Zuhrah
Tarikh lintas terbang19 May 1961
Tarikh Berlepas12 Februari 1961
Kenderaan PelancarRoket Molniya
ID COSPARGamma 1 1961 Gamma 1
Jisim643.5 kg

Venera 1, juga dikenali sebagai Venera-1VA No.2 dan kadang-kadang di Barat sebagai Sputnik 8 adalah kapal angkasa pertama yang terbang melintasi Zuhrah, sebagai sebahagian daripada program Venera Kesatuan Soviet. Dilancarkan pada bulan Februari 1961, ia terbang melintasi Zuhrah pada 19 Mei tahun yang sama, bagaimanapun hubungan radio dengan suar telah hilang sebelum lintas lalu, menyebabkan ia tidak mengembalikan apa-apa data.