Kota Vatikan

Negara Kota Vatikan
نݢارا کوتا ۏاتيکن
Città del Vaticano
Bendera Jata
Lagu kebangsaanInno e Marcia Pontificale
Ibu negara
dan bandar terbesar
Kota Vatikan
Bahasa rasmiBahasa Latin, Itali, Perancis, Jerman
KerajaanMonarki Teokrasi
• Ketua Negara
Paus Leo XIV
• Setiausaha Negara
Kardinal Pietro Parolin
• Gabenor Jeneral
Raffaella Petrini
Kemerdekaan
11 Februari 1929
Populasi
• Perkiraan 2019
1126 (229)
KDNK (PPP)2019
• Jumlah
$78.23 juta (229)
69,476 (8)
Mata wangEuro (€)2
(EUR)
Zon waktuUTC+1 (CET3)
• Musim panas (DST)
UTC+2 (CEST)
Kod panggilan+379
Kod ISO 3166VA
DPT internet.va

Kota Vatikan atau nama rasminya Negara Kota Vatikan (Itali: Stato della Città del Vaticano; Latin: Status Civitatis Vaticanae) merupakan sebuah negara kota yang dikelilingi bandar raya Rom di Itali. Ia merupakan negara yang paling kecil di dunia dari segi keluasan tanah - sebanyak 44 hektar (110 ekar atau 0.44 km persegi) - dan kependudukan, sebanyak 1000. Negara kota ini dibentuk pada 1929 melalui Perjanjian Lateran antara Kerajaan Fasis Itali dan Takhta Suci, bidang kuasa kepada mazhab Gereja-Gereja Katolik dan Timur dari seluruh dunia yang wujud sejak awal agama Kristian lagi. Kota Vatikan merupakan pusat Takhta Suci dan pusat pentadbiran Gereja Katolik sedunia.

Nama negara kota ini diberikan daripada Bukit Vatican yang terletak di pusat engah bandar raya Rom.