VTOL
VTOL adalah merupakan singkatan bagi pesawat Vertical Take-Off and Landing (bahasa Melayu: Pelepasan dan Pendarat Menegak). Pengelassan ini termasuk pesawat kepak kaku yang boleh terapung-apung semasa hendak berlepas dan mendarat, helikopter dan pesawat lain yang dikuasi oleh kipas, seperti contoh rotor condong. Autogiro, belon udara, kapal udara dan roket biasanya tidak dianggap sebagai sebuah pesawat VTOL. Beberapa pesawat VTOL juga boleh digunakan di dalam mod-mod lain seperti CTOL (Conventional Take-off and Landing), STOL (Short Take-Off and Landing), dan/atau STOVL (Short Take-Off and Vertical Landing). Lain-lain, seperti beberapa jenis helikopter, hanya boleh dioperasikan di dalam mod VTOL, disebabkan pesawat ini memiliki kekangan giar pendaratan yang boleh mengendalikan pergerakkan mendatar. VTOL juga merupakan pecahan kepada V/STOL.
Selain daripada helikopter, terdapat dua jenis pesawat VTOL yang berada di dalam perkhidmatan tentera: iaitu kapal yang menggunakan rotor condong, seperti Bell Boeing V-22 Osprey, dan pesawat yang menggunakan tujahan jet tertumpu seperti pesawat dari keluarga Harrier.