V-22 Osprey

V-22 Osprey
Anggota-anggota Marin A.S. terjun keluar daripada Osprey.
Peranan Pesawat pengangkut V/STOL
Negara pengeluar Amerika Syarikat
Pengeluar Bell Helicopter
Boeing Rotorcraft Systems
Penerbangan sulung 19 Mac 1989
Mula digunakan 8 Disember 2005
Pengguna utama Kor Marin Amerika Syarikat
Tentera Udara Amerika Syarikat
Kos program AS$27 bilion setakat tahun 2008
Kos seunit AS$68 juta (kos terbang CV-22, 2008)
Dibangunkan dari Bell XV-15

V-22 Osprey merupakan sebuah pesawat udara tentera pelbagai misi yang memiliki rotor condong. Ia memiliki keupayaan untuk berlepas dan mendarat secara menegak (VTOL) dan berlepas dan mendarat dalam jarak pendek (STOL). Osprey telah direka untuk melaksanakan misi-misi seperti sebuah helikopter konvensional dengan jarak yang lebih jauh, dan berkeupayaan untuk meluncur pada kelajuan tinggi seperti sebuah pesawat turbin bebaling. Osprey telah dibangunkan dan dikeluarkan oleh Bell Helicopter dengan usahasama dengan Boeing Rotorcraft Systems. Pengguna asal pesawat ini adalah Kor Marin Amerika Syarikat dan Tentera Udara Amerika Syarikat.