Urumqi Air (乌鲁木齐航空) (烏魯木齊航空) adalah syarikat penerbangan tambang rendah beribu pejabat di Bandar Ürümqi, Wilayah Autonomi Xinjiang Uyghur, Republik Rakyat China . Ia mengendalikan perkhidmatan penumpang berjadual. Pusat utamanya ialah di Lapangan Terbang Antarabangsa Ürümqi Diwopu di Ürümqi. Syarikat penerbangan ini adalah satu daripada empat anggota pengasas U-FLY Alliance . Sehingga Tahun 2019, syarikat penerbangan itu melebihi lapan juta penumpang dan telah mengoperasikan 150,000 jam penerbangan.