Upin & Ipin Iqra'

Upin & Ipin Iqra'
GenrePendidikan, keagamaan
Negara asalMalaysia
BahasaBahasa Melayu
Bilangan musim3
Syarikat penerbitan
Les' Copaque Production
Penyiaran
Saluran asalMNCTV
RCTI (Indonesia)
TV9
Astro Prima
Astro Ceria
TV Alhijrah (Malaysia)
Astro Oasis
Jom Ngaji
Siaran asal2019 – kini
Kronologi
Rancangan berkaitan
Upin & Ipin: The Helping Heroes

Upin & Ipin Iqra’ ini mengekalkan Upin, Ipin dan kawan-kawan sebagai watak utama dan menampilkan Sheikh Abdul Karim Omar Al-Fatani Al-Makki sebagai Ustaz yang mengajar mereka mengaji. Selain itu juga, pihak Les’ Copaque Production menggunakan cara rendering yang berbeza pada animasi ini dengan memberi sentuhan ala-ala lukisan kartun animasi-2D. Ianya pasti memberikan sedikit kelainan dan keunikan pada animasi Upin & Ipin Iqra'.

  • Asalnya, siri ini dinamai Upin & Ipin Mengaji dan diarahkan oleh Hazimin Hamdan.
  • Menurut Hj. Burhanuddin, siri ini diwujudkan agar dapat mendidik kanak-kanak mengenai bacaan al-Quran yang betul.
  • Antara fokus terbesar dalam siri ini ialah bacaan surah dengan betul, terutamanya surah al-Fatihah. Tidak seperti siri Upin & Ipin, siri ini sangat mencabar bagi pihak produksi kerana perlu mengambil kira aspek bacaan pelakon suara yang terlibat.
  • Konsep animasi dan rendering yang digunakan untuk siri sama dengan konsep yang digunakan dalam siri Pada Zaman Dahulu, satu lagi siri animasi keluaran Les' Copaque.
  • Untuk dua musim pertama, siri ini memfokuskan sepenuhnya kepada pembelajaran al-Quran. Namun, fokus untuk siri ini mula menumpukan juga kepada sirah nabi dan rasul selain al-Quran untuk siri terbaru.