Upacara penutupan Sukan Olimpik Musim Panas 2016

Upacara penutupan
Sukan Olimpik Musim Panas 2016
Tarikh21 Ogos 2016 (2016-08-21)
Masa20:00-22:50 BRT (UTC−3)
(2 jam dan 50 minit)
LokasiStadium Maracanã, Rio de Janeiro, Brazil
Koordinat22°54′43.80″S 43°13′48.59″W / 22.9121667°S 43.2301639°W / -22.9121667; -43.2301639
Dirakam olehRede Globo dan OBS

Upacara penutupan Sukan Olimpik 2016 telah diadakan di Stadium Maracanã, Rio de Janeiro pada 21 Ogos 2016, dari jam 20:00 hingga 22:50 BRT.

Seperti dalam protokol tradisional, upacara tersebut menampilkan persembahan kebudayaan dari Brazil dan Jepun, serta ucapan penutup oleh presiden Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa, Thomas Bach dan ketua jawatankuasa penganjur Sukan Olimpik 2016, Carlos Arthur Nuzman. Penyerahan rasmi bendera Olimpik daripada datuk bandar Rio de Janeiro, Eduardo Paes kepada gabenor Tokyo, Yuriko Koike dan upacara memadam obor Olimpik turut diadakan.