Sukan Paralimpik Musim Panas 2016
| Bandar tuan rumah | Rio de Janeiro, Brazil |
|---|---|
| Cogan kata | A new world (Portugis: Um mundo novo Melayu: Sebuah dunia baru) |
| Penyertaan negara | 159 |
| Penyertaan atlet | 4,342 |
| Acara | 528 dalam 22 sukan |
| Upacara pembukaan | 7 September |
| Upacara penutupan | 18 September |
| Pembukaan dirasmikan oleh | Presiden Michel Temer |
| Pembaca ikrar atlet | Phelipe Rodrigues |
| Pembaca ikrar juri | Raquel Daffre |
| Pembaca ikrar pengurus pasukan | Amaury Verissimo |
| Obor paralimpik | Clodoaldo Silva |
| Stadium paralimpik | Stadium Maracanã |
Sukan Paralimpik Musim Panas 2016 (Bahasa Portugis Brazil: Jogos Paralímpicos de Verão de 2016) ialah acara pelbagai sukan antarabangsa untuk atlet kurang upaya ditadbir oleh Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa yang berlangsung di Rio de Janeiro, Brazil bermula 7 September sehingga 18 September 2016. Acara sukan ini meperkenalkan dua sukan baharu dalam program Paralimpik; lumba kanu dan para triatlon.