Universiti Tunku Abdul Rahman

Universiti Tunku Abdul Rahman
اونيۏرسيتي تونكو عبدالرحمن
Tunku Abdul Rahman University
东姑阿都拉曼大学
Moto德智体兼修 群美新并重
JenisSwasta
Ditubuhkan pada13 Ogos 2002
CanselorTun Dr. Ling Liong Sik
PresidenIr Prof. Dr Ewe Hong Tat
PengarahTan Sri Dato' Seri Dr Ting Chew Peh
Staf akademik
>2,000
Pelajar>26,000 (2016)
Siswazah20,080 (2016)
Lokasi,
KampusSungai Long
Kampar
WarnaBiru, Kuning dan Merah
Penggabungan
Laman sesawangwww.utar.edu.my
Universiti Tunku Abdul Rahman
Universiti Tunku Abdul Rahman dalam Tulisan Cina Ringkas (atas) dan Tulisan Cina Tradisional (bawah)
Tulisan Cina Ringkas拉曼大学
Tulisan Cina Tradisional拉曼大學

Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) (Inggeris: Tunku Abdul Rahman University) merupakan sebuah institusi pendidikan tinggi swasta (IPTS) yang bukan keuntungan, dan menyeluruh di Malaysia. UTAR adalah salah satu universiti swasta terunggul di Malaysia, berada di tangga 100 teratas dalam Universiti Terbaik Asia Times Higher Education 2018 dan di tangga 600 teratas dalam Universiti Terbaik Dunia Times Higher Education 2021, berada No. 2 di Malaysia selepas Universiti Malaya.

UTAR ditubuhkan pada June 2002 di bawah dana nama UTAR Education Foundation, sebuah organisasi tidak berasaskan keuntungan. UTAR kini mempunyai 14 fakulti, 52 jabatan akademik dan 28 pusat penyelidikan.

UTAR mempunyai dua kampus, Kampus Sungai Long terletak dalam Klang Valley dan Kampus Kampar berada di negeri Perak, di mana bandar tersebut dikenali dengan aktiviti perlombongan bijih timah. Pada June 2015, dua kampus Petaling Jaya and Kuala Lumpur telah dipindah ke kampus Sungai Long.

UTAR mengambil 411 pelajar bagi pengambilan pertama pada June 2002. Jumlah pelajar universiti telah berkembang pesat sejak penubuhan. Menurut salah satu penerbitan universiti, UTAR kini mempunyai melebihi 26,000 pelajar.

Pada permulaan, UTAR hanya mempunyai lapan program kepujian ijazah muda tetapi kini menawarkan melebihi 117 program, termasuk program asas, ijazah muda berserta program ijazah lanjutan meliputi pelbagai disiplin pengajian dan penyelidikan.