Universiti Melaka
| Moto | Merekayasa Pembangunan Insan |
|---|---|
| Jenis | Kolej Universiti Swasta |
| Ditubuhkan pada | 1994 |
| Canselor | Tun Seri Setia Mohd Ali Rustam |
| Naib Canselor | Prof. Datuk Dr. Hj. Mohd Taib bin Hj. Dora |
| Lokasi | , |
| Laman sesawang | https://unimel.edu.my/v3/index.php/ms/ |
Universiti Melaka, nama sebelumnya iaitu Kolej Universiti Islam Melaka telah ditubuhkan pada 1994 sebagai kolej universiti swasta dan dimiliki sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri Melaka yang ditubuhkan di bawah Akta IPTS 1996. Penubuhannya secara rasmi pada 1 Julai 2009 sebagai sebuah kolej universiti juga membuktikan komitmen kerajaan negeri dalam membangunkan agenda pendidikan dan kecemerlangan ilmu.
Pada 8 April 2021, KUIM telah dinaiktaraf sebagai sebuah universiti penuh. Watikah rasmi naik taraf itu disampaikan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad kepada Exco di Jabatan Ketua Menteri (Pendidikan), Datuk Noor Effandi Ahmad, mewakili Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md Ali.