Universiti Madras

Universiti Madras
University of Madras
Moto"Pembelajaran Mempromosikan Bakat Semula Jadi (Seseorang)"
JenisAwam
Ditubuhkan pada1857
PembiayaanAS$50 juta
Staf akademik
300
Siswazah3,000
Ijazah/Sarjana5,000
Lokasi, ,
KampusKawasan bandar
WarnaKardinal
PenggabunganUGC
MaskotSinga
Laman sesawangwww.unom.ac.in
Paparan amaran: Laman menggunakan Templat:Kotak info universiti dengan parameter tidak diketahui "1 = Gabenor-Canselor Surjit S..."
Paparan amaran: Laman menggunakan Templat:Kotak info universiti dengan parameter tidak diketahui "Vice Chancellor"

Universiti Madras (bahasa Inggeris: University of Madras) ialah salah satu antara tiga buah universiti yang paling lama di India (bersama-sama Universiti Calcutta dan Universiti Mumbai). Universiti ini yang diatur berdasarkan Universiti London diperbadankan pada 5 September 1857 menerusi Akta Majlis Perundangan India.

Universiti Madras terletak di bandar raya selatan Chennai (dahulu dikenali sebagai "Madras"). Ia mempunyai empat buah kampus di dalam bandar raya, iaitu di Chepauk, Marina, Guindy, dan Taramani, dengan melebihi 50 pusat pengajian menawarkan berbagai-bagai kursus pengkhususan. Universiti ini membekalkan banyak gabungan dengan kolej-kolej yang lain bagi kursus-kursusnya. Pusat pengajiannya juga menjalani penyelidikan, selain daripada mengajar. Terdapat sekitar 43 buah institut penyelidikan luar, selain daripada pusat-pusat kecemerlangan di dalam universiti.

Universiti Madras telah dianugerahi "Status lima bintang" oleh National Assessment and Accreditation Council (Majlis Penilaian dan Pengiktirafan Negara), selain daripada diberikan status "Universiti dengan Potensi untuk Mencapai Kecemerlangan" oleh University Grants Commission (Suruhanjaya Geran Universiti).