Universiti Korea

Universiti Korea
고려대학교
Nama lama
Kolej Bosung
(1905–1921)
Kolej Profesional Bosung
(1922–1945)
MotoLibertas, Justitia, Veritas
자유, 정의, 진리
Moto dalam Bahasa Melayu
"Kebebasan, Keadilan, Kebenaran"
JenisSwasta
Ditubuhkan pada5 Mei 1905 (1905-05-05)
Penggabungan akademik
  • Persatuan Sekolah Hal-Ehwal Antarabangsa Profesional
  • Universiti Terbuka Tanzania
  • Universiti Washington St. Louis
  • Akademi Sarjana Antarabangsa McDonnell
PresidenKim Dong-one
Staf akademik
1,511 (2022)
Staf pentadbiran
1,150 (2022)
Pelajar29,445 (2022)
Siswazah19,598 (2022)
Ijazah/Sarjana9,847 (2022)
Lokasi
Seongbuk-gu, Seoul
,
Korea Selatan

37°35′21″N 127°1′56″E / 37.58917°N 127.03222°E / 37.58917; 127.03222
KampusUrban
Warna     Kirmizi
Nama samaranAnam Tigers
MaskotHarimau
Laman sesawang
Nama Korea
Hangul
Hanja
Perumian SemakanGoryeo Daehakgyo
McCune–ReischauerKoryŏ Taehakkyo

Universiti Korea (KU, Korea고려대학교; Hanja高麗大學校; RR: Goryeo Daehakgyo) ialah sebuah universiti penyelidikan swasta di Seoul, Korea Selatan, ditubuhkan pada tahun 1905. Universiti ini termasuk sebagai salah satu daripada kelompok SKY, akronim popular merujuk kepada tiga universiti paling berprestij di Korea.

Badan pelajar terdiri daripada lebih 20,000 pelajar sarjana muda dan lebih 10,000 pelajar siswazah. Universiti ini mempunyai 81 jabatan di 19 kolej dan bahagian, serta 18 sekolah siswazah. Ia mempunyai lebih 1,500 ahli fakulti sepenuh masa dengan lebih 95% daripada mereka memegang Ph.D. atau kelayakan yang setaraf dengannya dalam bidang mereka. Persatuan Alumni Universiti Korea terdiri daripada lebih daripada 280,000 graduan universiti.

Universiti Korea ialah sebuah institusi penyelidikan yang besar, terkenal dalam sejarah Korea Selatan kerana menjadi institusi pendidikan pertama yang menawarkan program akademik di Korea dalam pelbagai disiplin, seperti undang-undang, ekonomi dan kewartawanan. Ia amat terkenal dengan kolej undang-undangnya. Universiti Korea juga mempunyai kemudahan pendidikan tambahan seperti Institut Pengajian Bahasa Asing, Institut Pendidikan Berterusan, Institut Pendidikan Antarabangsa dan Pusat Pengajaran dan Pembelajaran. KU memiliki 115 institut penyelidikan, termasuk Makmal Battelle@KU, Institut Perhubungan Antarabangsa Ilmin dan Pusat Teknologi Keselamatan Maklumat.