Universiti Amerika di Beirut
Universiti Amerika di Beirut (American University of Beirut, disingkat AUB; Arab: الجامعة الأميركية في بيروت) adalah universiti swasta bebas di Beirut, Lubnan. Universiti ini diasaskan sebagai Syrian Protestant College oleh mubaligh Amerika Daniel Bliss. Nama American University of Beirut digunakan sejak 18 November 1920.
Pada bulan Jun 2004, universiti ini mendapat akreditasi dari Suruhanjaya Pendidikan Tinggi Middle States Association of Colleges and Schools. Ijazah yang diberikan oleh AUB secara rasmi didaftarkan di Kementerian Pendidikan Tinggi Lubnan dan Dewan Pendidikan Negeri New York. Ijazah profesional mendapat akreditasi dari badan akreditasi yang diiktiraf oleh Jabatan Pendidikan Amerika Syarikat, Lubnan, dan negara-negara lain. Sehingga Jun 2006, universiti ini telah menganugerahkan sebanyak 72,838 ijazah dan diploma.
Pada 21 Mac 2008, Lembaga Pengawas memilih Peter F. Dorman sebagai presiden ke-15 AUB menggantikan John Waterbury, yang menjadi presiden dari 1998 hingga 2008. Dorman adalah penyelidik dalam bidang ilmu Mesir kuno dan ketua Fakulti Bahasa dan Kebudayaan Timur Dekat Universiti Chicago.