Unicron

Unicron

Fail:Unicron-idw.jpg
Unicron dalam IDW Comics

Penerbit Marvel Comics dengan kerjasama Hasbro
Kemunculan pertama Transformers The Movie
Dicipta oleh
Statistik
Nama sebenar Unicron
Status Dewa Robotik
GabunganTiada
Nama lainDewa Kehancuran
Kuasa terkenal Bertukar dari planet mekanik

Unicron adalah satu watak fiksyen jahat dalam francais animasi Transformers dan alat permainan robot. Dicipta oleh Floro Dery, beliau telah diperkenalkan dalam filem animasi Transformers The Movie tahun 1986 dan semenjak itu muncul semula dalam Transformers: Armada, Transformers: Energon, Transformers: Cybertron, Transformers: Prime, dan video game Atari Transformers tahun 2004. Unicron adalah robot raksasa yang sangat berkuasa dengan ukuran bentuk badan sebuah planet, dan beliau juga mampu bertukar menjadi planet mekanikal. Asal-usul Unicron telah berkembang sejak bertahun-tahun dari sekadar menjadi robot yang besar kepada menjadi Dewa Kehancuran yang membaham alam nyata. Beliau sering menggunakan bantuan Decepticon dalam kerja-kerjanya, dan dalam beberapa cerita dianggap sebahagian daripada asal-usul pasukan Decepticon.