Transformers: Armada
| Transformers: Armada | |
Optimus Prime, dalam mod supernya dan Mini-Con Sparkplug. | |
| 超ロボット生命体トランスフォーマー マイクロン伝説 (Chō Robotto Seimeitai Toransufōmā Maikuron Densetsu) | |
|---|---|
| Genre | Pengembaraan, Mecha, Sains fiksyen, Superhero |
| Siri televisyen anime | |
| Pengarah | Hidehito Ueda |
| Skrip/Penulis | Ryo Motohira |
| Lagu/Muzik | Hayato Matsuo |
| Studio | Actas Studio Galapagos NAS |
| Dilesenkan oleh | |
| Penyiaran Asal | TXN (TV Tokyo) |
| Penyiaran bahasa Inggeris | |
| Tarikh tayangan | 23 Ogos 2002 – 26 Disember 2003 |
| Episod | 52 |
Transformers: Armada, dikenali di Jepun sebagai Super Robot Life-Form Transformers: Legends of the Microns (超ロボット生命体トランスフォーマー マイクロン伝説, Chō Robotto Seimeitai Toransufōmā Maikuron Densetsu), adalah siri animasi, siri komik, dan alat permainan Transformers yang bermula dari tahun 2002–2004. Sebagai siri pertama yang dihasilkan bersama antara syarikat mainan Amerika, Hasbro, dan rakan kongsi Jepun mereka, Takara, Armada memulakan satu dunia/kesinambungan baru untuk Transformers, tiada kaitan dengan mana-mana siri sebelumnya, termasuk Transformers: Robots in Disguise yang terdahulu pada tahun 2001. Ia mengilhamkan sekuel yang dipanggil Transformers: Energon. Pihak Hasbro mengurus pengedaran lesen berbahasa Inggeris, manakala pihak Takara Tomy mengurus pengedaran lesen berbahasa Jepun. Transformers: Armada dan kedua-dua siri berikut adalah sebahagian daripada kisah yang dikenali sebagai Trilogi Unicron.