Umi Kalthum
Umi Kalthum | |
|---|---|
Umi Kalthum pada 2011 | |
| Kelahiran | Patimah Bte Bahaudin 18 Oktober 1931 |
| Meninggal dunia | 24 Julai 2013 (umur 81) |
| Dikebumikan | Tanah Perkuburan Islam Klang Gate |
| Nama lain | Umi Kalthum |
| Pekerjaan | Pelakon |
| Tahun aktif | 1953–2000 |
| Terkenal kerana | Watak Bawang Putih dalam filem Bawang Putih Bawang Merah |
| Pasangan |
|
| Anak-anak | 8 (termasuk Noorkumalasari) Anita Sarawak (anak tiri) |
| Ibu | Rokiah Sutan Mohd Zain |
| Bapa | Bahaudin Baginda Mohd Aris |
Datin Hajjah Patimah Bte Bahaudin atau lebih dikenali sebagai Datin Hajjah Umi Kalthum (18 Oktober 1931 – 24 Julai 2013) merupakan seniwati filem Melayu klasik. Datin Umi Kalthum merupakan anak kelahiran Seremban, Negeri Sembilan yang berbangsa Melayu berketurunan Minangkabau sebelah bapa serta Mandailing sebelah ibu.