Udang harimau

Udang harimau
Penaeus monodon
di Filipina, diternak.
Pengelasan saintifik
Alam:
Filum:
Subfilum:
Kelas:
Malacostraca
Order:
Decapoda
Suborder:
Keluarga:
Penaeidae
Genus:
Penaeus
Spesies:
P. monodon
Nama binomial
Penaeus monodon
Fabricius, 1798
Sinonim
  • Penaeus carinatus Dana, 1852
  • Penaeus tahitensis Heller, 1862
  • Penaeus coeruleus Stebbing, 1905
  • Penaeus bubulus Kubo, 1949

source:

Udang harimau atau udang windu (nama saintifik: Penaeus monodon) merupakan spesies udang laut yang banyak diternak sebagai makanan. Taburan semulajadinya di lautan-lautan Hindi dan Pasifik dari persisiran timur Afrika, Semenanjung Arab, sehingga sejauh Asia Tenggara, dan Laut Jepun. Ia boleh didapati di timur Australia, dan sejumlah kecil menduduki Laut Mediterranean melalui Terusan Suez. Tambahan lagi; populasi invesif telah menetap di perairan pulau-pulau Hawaii dan persisiran Laut Atlantik Amerika Syarikat termasuk negeri-negeri Florida, Georgia, dan Carolina Selatan.

Kedua jantina mencapai sekitar 36 cm panjang, dan betina mampu mencecah berat sehingga 650 gram, menjadikannya antara spesies udang terbesar di dunia.