Ubi torak

Ubi torak
Pengelasan saintifik
Domain: Eukaryota
Alam: Plantae
Klad: Trakeofit
Klad: Monokot
Order: Dioscoreales
Keluarga: Dioscoreaceae
Genus: Dioscorea
Spesies:
D. esculenta
Nama binomial
Dioscorea esculenta
(Lour.) Burkill

Ubi torak, ubi ketopong atau ubi itik, dengan nama saintifik Dioscorea esculenta ialah jenis ubi yang tempatan dari kepulauan Asia Tenggara, dan diperkenalkan ke Oceania Dekat dan timur Afrika. Ia jenis ubi makan, namun lebih kecil berbanding ubi badak yang lebih banyak ditanam. Ubi torak juga ialah sejenis tumbuhan memanjat.