USS Abraham Lincoln (CVN-72)

USS Abraham Lincoln (CVN-72)
Abraham Lincoln sedang belayar di Laut China Selatan, 8 Mei 2006
Sejarah
Amerika Syarikat
Bersempena dengan: Abraham Lincoln
Dianugerahkan: 27 Disember 1982
Pembina: Newport News Shipbuilding Co.
Dibaringkan: 3 November 1984
Dilancarkan: 13 Februari 1988
Ditaja oleh: JoAnn K. Webb
Disucikan: 13 Februari 1988
Ditauliah: 11 November 1989
Moto: Shall Not Perish
Nama gelaran: Abe
Status: Aktif (setakat tahun 2018)
Lencana:
Ciri-ciri umum
Kelas dan jenis: Kapal pengangkut pesawat kelas-Nimitz
Sesaran: 104,112 long ton (105,783 t)
Panjang:
  • Keseluruhan: 1,092 kaki (332.8 m)
  • Garis air: 1,040 kaki (317.0 m)
Lunas: Keseluruhan: 252 kaki (76.8 m)
Draft:
  • Navigasi maksimum: 37 kaki (11.3 m)
  • Had: 41 kaki (12.5 m)
Jana kuasa:
  • 2 × reaktor A4W|reaktor nuklear A4W Westinghouse Electric Company|Westinghouse
  • 4 × turbin stim
  • 4 × aci
  • 260,000 shp (194 MW)
Halaju: 30+ knot (56+ km/h; 35+&nbspjbsj)
Jarak: Jarak tanpa had; 20–25 tahun
Anak kapal:
  • Anak kapal: 3,200
  • Sayap udara : 2,480
Sistem penderia dan
pemprosesan:
  • Radar pencari udara AN/SPS-48 E 3-D
  • Radar pencari udara AN/SPS-49|AN/SPS-49(V)5 2-D
  • Radar perolehan sasaran AN/SPQ-9 B
  • Radar kawalan trafik udara AN/SPN-46
  • Radar kawalan trafik udara AN/SPN-43 C
  • Radar bantaun mendarat AN/SPN-41
  • 4 × sistem panduan Mk 91 NSSM
  • 4 × radar Mk 95
Peperangan elektronik
& pengumpan:
  • Sut tindak balas SLQ-32A(V)4
  • Kelengkapan anti torpedo SLQ-25A Nixie
Persenjataan:
  • 2 × Mk 57 Mod 3 Sea Sparrow
  • 2 × RIM-116 Rolling Airframe Missile
  • 2 × Phalanx CIWS
Perisai: Maklumat rahsia|Rahsia
Pesawat yang dibawa: 90 x pesawat kepak kaku dan helikopter

USS Abraham Lincoln (CVN-72) adalah kapal pengangkut pesawat kelas-Nimitz ke-5 dalam perkhidmatan dengan Tentera Laut Amerika Syarikat. Ia merupakan kapal ke-2 yang dinamakan bersempena dengan nama bekas Presiden Abraham Lincoln. Pelabuhan asalnya adalah di Norfolk, Virginia, dan merupakan anggota dalam Armada Atlantik Amerika Syarikat. Dari segi pentadbiran, kapal ini bertanggungjawab kepada Komander, Pasukan Udara Atlantik Tentera Laut, dan juga menjadi kapal laksamana bagi Kumpulan Tempur Kapal Pengangkut Kesembilan dan tuan rumah kepada Sayap Udara Kapal Pengangkut Kedua sehingga tahun 2012. Abe kembali ke armada pada 12 Mei 2017, menandakan kejayaan penyiapan pengisian semula bahan api dan penyelenggaraan kompleks yang dilakukan di Newport News Shipyard.