Ujian Pencapaian Sekolah Rendah
| Ujian Pencapaian Sekolah Rendah | |
|---|---|
| Akronim | UPSR |
| Jenis | Peperiksaan pendidikan awam |
| Agensi pengendali | Lembaga Peperiksaan Malaysia |
| Tujuan | Penilaian pendidikan rendah |
| Tahun dimulakan | 1988 |
| Tahun ditamatkan | 2021 |
| Penawaran | Tahun 6; sekali seumur hidup |
| Syarat percubaan | Tiada percubaan |
| Negara / Wilayah | Malaysia |
| Bahasa utama | Bahasa Melayu Bahasa Inggeris Bahasa Cina (SJKC) Bahasa Tamil (SJKT) |
| Jumlah calon tahunan | ▲ 445,641 (2019) |
| Yuran ujian | Percuma |
Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR, dahulunya Ujian Penilaian Sekolah Rendah) merupakan program pengujian untuk menilai pencapaian kognitif pelajar pada akhir sesi sekolah rendah di Malaysia dalam pendidikan rendah Malaysia dan diambil oleh murid-murid akhir Tahun Enam.