Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
Lambang | |
| Moto | Taman Ilmu dan Budi. Epistemologi Tauhid. Mendahului Langkah. Kecemerlangan Ummah. Mendahului Dunia. Khalifah. Amanah. Iqra. Rahmatan lil Alamin. Garden of Knowledge and Virtue. Tawḥīdic Epistemology. Leading the Way. Ummatic Excellence. Leading the World. Khalīfah. Amānah. Iqrāʾ. Raḥmatan lil ʿĀlamīn. (Inggeris) |
|---|---|
| Jenis | Universiti awam |
| Ditubuhkan pada | 20 Mei 1983 |
| Penggabungan | ASAIHL, ACU, AUAP, FUIW |
| Pembiayaan | RM400 juta (2018) |
| Canselor | Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah |
| Presiden | Rashid Hussain |
| Rektor | Osman Bakar |
Staf akademik | 1,904 (2019) |
| Pelajar | 26,266 (2019) |
| Lokasi | , , |
| Kampus |
|
| Warna | Firus dan Emas |
| Nama samaran | Mustangs |
| Laman sesawang | www |
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (Jawi: اونيۏرسيتي إسلام انتارابڠسا مليسيا; bahasa Inggeris: International Islamic University Malaysia; Arab: الجامعة الإسلامية العالمية بماليزيا), juga dikenali sebagai UIAM, ialah sebuah universiti awam di Malaysia. Beribu pejabat di Gombak, Selangor, UIAM mempunyai empat kampus lain di seluruh Malaysia: kampus perubatan di Bandar Indera Mahkota, Pahang, kampus Pusat Asasi di Gambang, Pahang, kampus ISTAC di Kuala Lumpur, dan kampus pelancongan mampan dan bahasa kontemporari di Pagoh, Johor.
Universiti ini ditaja oleh lapan negara dan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC). Ia berbeza daripada Universiti Islam Antarabangsa Islamabad, Pakistan dan Universiti Islam Antarabangsa Chittagong, Bangladesh.
Universiti ini ditubuhkan pada 20 Mei 1983 berdasarkan prinsip agama Islam. Nilai-nilai Islam diterapkan dalam semua disiplin ilmu. UIAM menawarkan kursus ijazah sarjana muda, sarjana dan kedoktoran di 14 kuliah (fakulti).
Sejak 1987, UIAM telah melahirkan lebih 70,000 graduan dan prasiswazah dari lebih 100 negara di seluruh dunia. Kebanyakan daripada mereka berasal dari Malaysia.