UH-60 Black Hawk
| UH-60 Black Hawk | |
|---|---|
|
| |
| Peranan | Helikopter utiliti |
| Pengeluar | Sikorsky Aircraft Corporation |
| Penerbangan sulung | 29 November 1974 |
| Diperkenalkan | 1979 |
| Status | Aktif |
| Pengguna utama | Tentera Darat Amerika Syarikat Tentera Darat Australia Tentera Darat Republik Korea Angkatan Tentera Turki |
| Dikeluarkan | 1974-kini |
| Jumlah dibina | 2,600+ |
| Kos seunit | AS$5.9 juta |
| Kelainan | SH-60 Seahawk HH-60 Pave Hawk HH-60 Jayhawk Sikorsky S-70 |
UH-60 Black Hawk merupakan sebuah helikopter utiliti sederhana berenjin kembar yang dikeluarkan oleh Sikorsky Aircraft. Sikorsky telah menghantar rekabentuk S-70 dalam pertandingan Sistem Pesawat Pengangkut Taktikal Utiliti untuk Tentera Darat Amerika Syarikat pada 1972. Pihak tentera darat kemudian memberi designasi prototaip ini sebagai YUH-60A dan telah memilih Black Hawk sebagai pemenang program pada 1976, selepas bersaing dengan helikopter YUH-61 yang dicadangkan oleh Boeing Vertol. UH-60A telah mula berkhidmat dengan Tentera Darat A.S pada 1979, bagi mengantikan helikopter UH-1 Iroquois sebagai helikopter pengangkut taktikal.