Turgut Reis
| Dragut | |
|---|---|
Monumen Turgut Reis di Istanbul Digambarkan dengan tapak tangan diletakan di atas glob | |
| Nama asal | Turgut Reis, "Torghoud" |
| Nama samaran | Dragut Rais, Darghouth Arabic: درغوث Itali: Dragura |
| Kelahiran | 24 Oktober, 1485 Bodrum, Empayar Uthmaniyyah |
| Meninggal dunia | 23 Jun, 1565 Malta |
| Kesetiaan | Empayar Uthmaniyah |
| Perkhidmatan | Ottoman Navy |
| Tahun perkhidmatan | s. 1500–1565 |
| Pangkat | Laksamana, Gabenor Jeneral, Pasha |
| Arahan | Panglima Tentera Laut Uthmaniyyah di Mediterranean (Beylerbey) |
| Pertempuran | Pertempuran Preveza (1538) Serangan ke atas Gozo (1551) Pengepungan Tripoli (1551) Pertempuran Ponza (1552) Pertempuran Djerba (1560) Pengepungan Besar Malta (1565) |
Dragut (Turki: Turgut Reis) (1485 – 23 Jun 1565), juga dikenali sebagai "Si Penghunus Pedang Islam", adalah seorang komander tentera laut Muslim Uthmaniyyah berketurunan Greek. yang terkenal,, dihormati, dan ditakuti
Beliau diakui sebagai seorang tentera yang genius, dan diperincikan oleh seorang laksamana Perancis sebagai "Seorang carta hidup di Mediterranean, cukup mahir di daratan berbanding para jeneral lain di waktu itu. Tiada sesiapa pun yang lebih berhak selain beliau untuk membawa nama raja".
Dragut juga dikenali sebagai "pahlawan lanun terhebat sepanjang zaman", "tanpa ragu-ragu adalah pemimpin Turki yang paling hebat", dan "raja tanpa takhta di Mediterranean".
Selain berkhidmat sebagai Laksamana dan Corsair dalam Tentera Laut Uthmaniyyah di bawah Sulaiman al-Qanuni, Dragut juga dilantik sebagai Bey (Gabenor) Algiers dan Djerba, Beylerbey (Panglima) Mediterranean, selain Bey, dan kemudiannya sebagai Pasha (Lord), di Tripoli.
Di bawah kepimpinan beliau, kuasa maritim empayar Uthmaniyah berkembang melintasi Afrika Utara. Semasa berkhidmat sebagai Pasha di Tripoli, Dragut membina banyak kehebatan di kota ini, menjadikan ia sebagai sebuah tempat paling mengagumkan di seluruh pantai Afrika Utara.