Tupai muncung kecil

Tupai muncung kecil
CITES Appendix II (CITES)
Pengelasan saintifik
Domain: Eukaryota
Alam: Haiwan
Filum: Chordata
Kelas: Mammalia
Order: Scandentia
Keluarga: Tupaiidae
Genus: Tupaia
Spesies:
T. minor
Nama binomial
Tupaia minor
Günther, 1876
Julat tupai muncung kecil

Tupai muncung kecil atau tupai muncung akar (Tupaia minor) ialah spesies tupai muncung dalam keluarga Tupaiidae. Ia tempatan di Indonesia, Malaysia dan Thailand.. Nama generiknya terbit daripada perkataan Melayu tupai yang merujuk pada tupai utama atau binatang lain yang menyamai tupai.

Tupai muncung kecil mempunyai bahagian atas berwarna kelabu atau coklat kehitaman, bahagian bawah kelabu kekuningan manakala ekornya kelabu gelap. Mempunyai panjang sekitar 126–146 mm, ekor 133–167 mm, tulang kering 29–34 mm. Berat tupai muncung kecil adalah sekitar 40–60 g.