Muhammad Al-Amin
Muhammad Al-Amin (Arab: محمد الأمين) atau Lamine Bey (Arab: الأمين باي , 4 September 1881 – 30 September 1962) ialah bey terakhir Tunisia semasa dijajah Perancis dari 15 Mei 1943 hingga 20 Mac 1956, dan satu-satunya raja negara tersebut sebagai negara yang merdeka dari 20 Mac 1956 hingga 25 Julai 1957. Baginda berasal daripada dinasti Husainiyah.