Tugu Dewa Muruggan
Tugu Dewa Muruggan (Tamil : முருகன் சிலை ;Inggeris : Lord Murugan Statue) adalah patung dewa Hindu yang tertinggi di Malaysia. dan patung dewa Hindu kedua tertinggi di dunia selepas Kailashnath Mahadev Statue yang terletak di Nepal. Ia juga patung tertinggi di Malaysia dengan ketinggian 42.7 meter. Pembinaannya mengambil masa 3 tahun dan ia dilancarkan semasa perayaan Thaipusam, Januari 2006.