Paderap
Tuanku Panglima Paderap, juga dipanggil Panglima Deli, merupakan pemerintah ketiga Kesultanan Deli, yang kini menjadi sebahagian daripada provinsi Sumatera Utara, Indonesia. Baginda menggantikan ayahandanya, Tuanku Panglima Perunggit, yang mangkat sekitar tahun 1700. Paderap mempunyai empat orang putera, iaitu Tuanku Jalaluddin (atau Kejuruan Metar), Tuanku Panglima Pasutan (atau Kejuruan Padang), Tuanku Tawar (atau Kejuruan Santun), dan Tuanku Umar (atau Kejuruan Junjongan).
Pertarungan kuasa berlaku di Deli selepas Paderap meninggal dunia pada tahun 1720. Jalaluddin, anak sulung Paderap, tidak dapat menggantikannya kerana kecacatan fizikal. Pasutan lah yang kemudian menjadi pemerintah keempat Deli, manakala adiknya Umar menjadi pemerintah pertama Kesultanan Serdang.
Paderap dikebumikan di kawasa Pulau Brayan di bandar Medan.