Tripsin

Tripsin
Struktur hablur tripsin lembu.
Pengenal pasti
SimbolTripsin
PfamPF00089
InterProIPR001254
SMARTSM00020
PROSITEPDOC00124
MEROPSS1
SCOP1c2g
SUPERFAMILY1c2g
CDDcd00190
Trypsin
Pengenal pasti
Nombor EC3.4.21.4
Nombor CAS9002-07-7
Pangkalan data
IntEnzLihat IntEnz
BRENDAEntri BRENDA
ExPASyLihat NiceZyme
KEGGEntri KEGG
MetaCycLaluan metabolik
PRIAMProfil
Struktur PDBRCSB PDB
PDBj
PDBe
PDBsum
Ontologi genAmiGO / EGO

Tripsin (EC 3.4.21.4) ialah suatu protease serina yang ditemui di sistem pencernaan kebanyakan vertebrat dan berfungsi dalam hidrolisis protein. Tripsin terbentuk dalam usus kecil apabila bentuk proenzim , iaitu tripsinogen yang dibentuk oleh pankreas diaktifkan. Tripsin berfungsi dengan memotong rantaian peptida di bahagian karboksil lisina atau arginina. Enzim ini juga digunakan dalam sebilangan aplikasi bioteknologi. Proses itu lazimnya dipanggil sebagai proteolisis tripsin atau tripsinisasi. Tripsin ditemui pada 1876 oleh Wilhelm Kühne dan dinamakan berdasarkan perkataan bahasa Yunani Purba bagi "menggosok" memandangkan tripsin pertama kali diekstrak dengan menggosokkan pankreas dengan gliserin.