Pengangkutan untuk London

Pengangkutan untuk London
Transport for London
Kerangka
KependekanTfL
Jenis/bentuk sahPerbadanan statutori
Status undang-undangAgensi eksekutif dalam GLA
TujuanPihak berkuasa pengangkutan
IndustriPengangkutan awam 
Tapak webtfl.gov.uk
Sejarah
PendahuluLondon Regional Transport 
Dibentuk3 Julai 2000 (Akta Pihak Berkuasa London Raya 1999) di London 
Pengurusan
PengerusiDatuk Bandar London
Sadiq Khan
PesuruhjayaMike Brown
Organisasi utama
Organisasi indukPihak Berkuasa London Raya (GLA)
SubsidiariKeretapi Ringan Docklands, London Underground Limited 
Perangkaan
Belanjawan 2015–16: £11.5 billion (40% of this from fares)
Kakitangan/pekerja 28,000
Lokasi
Kawasan yang dipertanggungjawabkan dalam England
Ibu pejabat5 Endeavour Square, London, United Kingdom, E20 1JN
Lokasi
  • United Kingdom 
Kawasan perkhidmatanLondon Raya
sunting · sunting di Wikidata

Pengangkutan untuk London (TfL; Bahasa Inggeris: Transport for London) adalah sebuah badan kerajaan tempatan yang bertanggungjawab untuk sistem pengangkutan di London Raya, England.

TfL bertanggungjawab atas rangkaian jalan utama di London, pelbagai rangkaian kereta api termasuk London Underground, London Overground, Keretapi Ringan Docklands dan Rel TfL. TfL tidak mengawal perkhidmatan Rel Nasional di London, namun, TfL bertanggunjawab untuk trem, bas dan teksi London, penyediaan laluan berbasikal, dan untuk perkhidmatan feri sungai. Perkhidmatan asas disediakan oleh campuran syarikat subsidiari milik penuh (terutamanya London Underground), oleh francais sektor swasta (perkhidmatan keretapi, trem dan kebanyakan bas) dan oleh pemegang lesen (beberapa bas, teksi dan perkhidmatan feri sungai). TfL juga bertanggungjawab, bersama-sama dengan Jabatan Pengangkutan Negara (DfT), untuk pemantauan pembinaan laluan Crossrail baru, dan akan bertanggungjawab untuk memfrancaiskan operasinya setelah selesai pembinaannya.

Pada tahun kewangan 2015-16, TfL mempunyai belanjawan sebanyak £11.5 billion, 40% datang daripada kutipan tambang. Selebihnya terdiri daripada pembiayaan kerajaan (23%), pinjaman (20%), Caj Kesesakan dan lain-lain pendapatan (9%) dan pembiayaan Crossrail (8%).