Transfusi darah

Transfusi darah
Beg plastik dengan 0.5 - 0.7 liter mengandungi sel darah merah padat di dalam larutan sitrat, fosfat, dekstrosa, dan adenina (CPDA)
ICD-9-CM99.0
MeSHD001803
Kod OPS-3018-80
MedlinePlus000431

Transfusi darah (atau perpindahan darah) pada amnya merupakan proses penerimaan produk darah ke dalam sistem peredaran seseorang melalui dalam vena. Tranfusi digunakan untuk pelbagai keadaan perubatan untuk menggantikan komponen darah yang hilang. Transfusi awal menggunakan seluruh darah, tetapi amalan perubatan moden biasanya hanya menggunakan komponen darah, seperti sel darah merah, sel darah putih, plasma, faktor pembekuan, dan platelet.