Toyota Alphard

Toyota Alphard
Maklumat
PengilangToyota
Juga dikenali
  • Toyota Vellfire (2008–kini)
  • Toyota Crown Vellfire (China, 2021–kini)
  • Lexus LM (2020–kini)
Pengeluaran2002 - kini
PemasanganJapan: Inabe, Mie (Toyota Auto Body)
PendahuluToyota Grania/Grand HiAce (XH10)
KelasMPV Premium
Gaya badanMPV 5 pintu

Toyota Alphard adalah MPV premium bersaiz besar yang dihasilkan oleh Toyota Motor Corporation sejak tahun 2002. Tujuan utama Toyota membuat Alphard adalah untuk bersaing dengan Honda Elysion dan Nissan Elgrand. Alphard mempunyai model tujuh atau lapan tempat duduk dengan pilihan enjin petrol atau hybrid. Varian hybrid telah dikeluarkan sejak tahun 2003 yang menggunakan teknologi Hybrid Synergy Drive Toyota.

Toyota Alphard pada mulanya dijual untuk pasaran Jepun, namun dijual di Bangladesh, Belarus, Russia, Timur Tengah, Greater China dan Asia Tenggara. Serupa dengan Camry, ia biasnya diklasifikasikan sebagai kereta mewah di pasaran Asia Tenggara.

Kenderaan ini dinamakan sempena Alphard, bintang tercerah di dalam buruj Hydra. Alphard juga mempunyai lambang depan yang istimewa, iaitu huruf alpha kecil. Nama "Vellfire" diambil dari 'Velvet' dan 'Fire' bagi melambangkan 'kelicinan' dan 'semangat.