Tora Aman

Penerbit Tora Aman (Jawi: ڤنربيت تورا امان) merupakan sebuah syarikat penerbitan komik di Malaysia yang menerbitkan manga dari Jepun dan manhwa dari Korea Selatan. Penerbitan Tora Aman telah diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu dan bahasa Cina. Tora Aman merupakan salah satu penerbit utama manga di Malaysia, ditubuhkan sekitar tahun 1993 dengan penerbitan manga Doraemon. Syarikat ini telah mengadakan jualan penutupan gudang dari 11 April hingga 17 April 2017 sebelum ia menamatkan operasi pada 31 Mei 2017.