Tonos

Tonos
Peta dunia sewaktu akhir tempoh Tonos, sekitar 750 Ma
Kronologi
Templat:Tonian graphical timeline
Etimologi
Keformalan namaFormal
Maklumat kegunaan
Jasad cakerawalaBumi
Kegunaan tempatanGlobal (ICS)
Skala masa yang digunakanSkala Masa ICS
Takrifan
Unit kronologiTempoh
Unit stratigrafiSistem
Keformalan jangka masaFormal
Takrif sempadan bawahDitakrifkan secara kronometrik
Tarikh ratifikasi sempadan bawah GSSA1991
Takrif sempadan atasPentakrifan semula secara kronometrik dengan umur ditentukur secara interim pada sekitar 720 Ma. (Sebelum ini ditakrifkan secara kronometrik sekitar 850 Ma)
Calon takrif sempadan atasKemunculan pertama pengglasieran yang meluas.
Calon keratas sempadan atas GSSPAkan ditentukan

Tonos (daripada Bahasa Yunani Kuno: τόνος, tónos, bermaksud "regangan") ialah nama untuk tempoh geologi pertama pada Era Neoproterozoik. Ia bermula sejak 1000 juta tahun dahulu (jtd) sehingga ke 720 jtd. Pentarikhan tempoh ini ditetapkan oleh ICS berdasarkan kaedah kronometri radiometrik bukannya berdasarkan stratigrafi. Tempoh Tonos didahului oleh tempoh Stenos era Mesoproterozoik dan diikuti oleh tempoh Kriogen.

Tempoh Tonos menyaksikan rengkahan benua yang membawa kepada perpecahan adibenua Rodinia (yang telah terbentuk pada pertengahan tempoh Stenos), dan proses ini menjangkaui masa pada julat masa di antara 900 jtd sehingga ke 850 jtd.