Tomoyo After: It's a Wonderful Life
| Tomoyo After: It's a Wonderful Life | |
|---|---|
| Fail:Tomoyo After visual novel cover.jpg | |
| Pembangun | Key |
| Penerbit |
|
| Pengarah | Jun Maeda |
| Artis | Fumio |
| Penulis/pengarang |
|
| Penggubah |
|
| Siri | Clannad |
| Enjin | RealLive (en) |
| Pelantar | Microsoft Windows, PlayStation 2, Freedom of Mobile Multimedia Access, PlayStation Portable, Xbox 360, Android, PlayStation 3, Nintendo Switch |
| Dilancarkan pada | |
| Genre | |
| Mod | Pemain tunggal |
| sunting · sunting di Wikidata | |
Tomoyo After: It's a Wonderful Life adalah sebuah novel visual dewasa berbahasa Jepun yang dibangunkan oleh Key, dikeluarkan pada 25 November 2005 untuk pasaran komputer Windows. Permainan ini adalah judul pecahan daripada permainan Clannad yang merupakan permainan sesuai umum. Key kemudiannya membuat versi Tomoyo After tanpa kandungan erotik untuk pasaran PlayStation 2, PlayStation Portable, Xbox 360, PlayStation 3 dan Nintendo Switch dengan judul Tomoyo After: It's a Wonderful Life CS Edition, dengan CS bermaksud "perisian pengguna" (consumer software). Ia mengisahkan Tomoya Okazaki, remaja yang baru tamat pengajian sekolah tingginya dan rakan rapatnya Tomoyo Sakagami sebaik mereka ingin meneruskan kehidupan mereka dalam hubungan yang lebih romantik.
Gaya permainan Tomoyo After adalah menurut garis plot bercabang yang memberikan senario pratetap terpasang dengan pilihan interaksi, yang memfokuskan kepada tarikan heroin utama iaitu Tomoyo. Sebagai judul pecahan Clannad yang mana Tomoyo merupakan salah satu heroin pilihan, Tomoyo After memaparkan kembangan kepada cerita Tomoyo sehabis kisah asal beliau dalam permainan Clannad. Cerita ini ditulis oleh Jun Maeda dan Leo Kashida dan arahan seni oleh Fumio yang mana berbeza daripada Clannad yang menampilkan Itaru Hinoue sebagai pengarah seninya. Permainan ini mencatat bilangan jualan permainan komputer tertinggi pada tahun keluarannya dan 2 kali tercatat dalam 50 permainan teratas Jepun 2 kali selepas tahun itu. Adaptasi manga kemudian dilukis oleh Yukiko Sumiyoshi di bawah judul Tomoyo After: Dear Shining Memories diterbitkan bersiri dalam majalah Dragon Age Pure kendalian Fujimi Shobo. Jilid tankobon tunggal siri ini diterbitkan di Jepun pada Disember 2007.