Tomorrow X Together

Tomorrow X Together
TXT pada bulan April 2025
Dari kiri ke kanan: Soobin, HueningKai, Beomgyu, Yeonjun dan Taehyun
Maklumat latar belakang
Juga dikenali
sebagai
TXT
AsalSeoul, Korea Selatan
Genre
Tahun aktif2019 (2019)–kini
Penampilan sulung4 Mac 2019 (2019-03-04)
melalui karya EP The Dream Chapter: Star
DiskografiLihat: Tomorrow X Together discography (en)
Syarikat pengurusan
Syarikat rakamanBig Hit Music
Republic Records (mul)
Anggota semasa
  • Yeonjun
  • Soobin
  • Beomgyu
  • Taehyun
  • HueningKai
Pautan berkaitan
Tapak sesawangtxt.ibighit.com
Tanda pagarTXT
Pautan lain
sunting · sunting di Wikidata

Tomorrow X Together (Korea투모로우바이투게더, Jepun: トゥモローバイトゥギャザ-; Tomorrow by Together, digayakan dengan semua huruf besar), biasa dikenali sebagai TXT}} TEE-eks-tee) adalah kumpulan muzik lelaki dari Korea Selatan yang dibentuk oleh syarikat Big Hit Entertainment, kini dikenali sebagai Big Hit Music. Kumpulan muzik ini terdiri daripada lima orang ahli: Yeonjun, Soobin, Beomgyu, Taehyun dan HueningKai.

Mereka membuat penampilan sulung pada 4 Mac 2019 dengan album mini (EP) The Dream Chapter: Star. EP tersebut memperoleh kedudukan pertama dalam Gaon Album Chart dan Billboard World Albums Chart, serta memasuki Billboard 200 Amerika Syarikat di tangga ke-140, album debut dengan carta tertinggi oleh mana-mana kumpulan K-pop lelaki pada masa itu. Single utamanya "Crown" berjaya berada di kedudukan nombor satu pada Billboard World Digital Songs chart. Kumpulan ini juga mengungguli carta Billboard Emerging Artists chart. TXT ialah kumpulan lelaki Korea pertama yang membuat persembahan dan tajuk utama di Lollapalooza, salah satu festival muzik terbesar di Amerika Syarikat.

Kejayaan komersial awal Tomorrow X Together memberi mereka beberapa anugerah artis baharu, termasuklah Rookie of the Year di Golden Disc Awards ke-34 dan Melon Music Awards 2019, New Artist of the Year di Gaon Chart Music Awards ke-9 dan Best New Male Artist di Mnet Asian Music Awards 2019.