Big Hit Music
| Nama asli | 빅히트 뮤직 |
|---|---|
| Jenis/bentuk sah | Anak syarikat |
| Industri | Hiburan |
| Genre | |
| Ditubuhkan |
|
| Pengasas | Bang Si-hyuk |
| Ibu pejabat | Yongsan Trade Center, Yongsan, Seoul, Korea Selatan |
| Tokoh penting | Shin Young-jae (CEO) |
| Pemilik | Hybe Corporation |
| Syarikat induk | Hybe Corporation |
| Tapak web | www |
| sunting · sunting di Wikidata | |
Big Hit Music (Korea: 빅히트 뮤직, rumi: Bighiteu Myujik, digayakan dalam semua huruf besar), sebelum ini dikenali Big Hit Entertainment (Korea: 빅히트 엔터테인먼트, rumi: Bighiteu Enteoteinmeonteu) ialah sebuah label rakaman Korea Selatan yang ditubuhkan pada tahun 2005 oleh Bang Si-hyuk. Ia telah dijenamakan semula dan distruktur semula menjadi label bebas di bawah Hybe Corporation (dahulunya Big Hit Entertainment Co., Ltd.) pada bulan Mac 2021. Sehingga kini, label ini adalah rumah kepada penyanyi solo Lee Hyun dan kumpulan muzik lelaki BTS dan Tomorrow X Together. Ia sebelum ini menguruskan penyanyi solo Lim Jeong-hee, dan kumpulan 8Eight, 2AM dan mengurus bersama Glam.