Tom Phillips
| Sir Tom Spencer Vaughan Phillips | |
|---|---|
Laksamana Madya Tom Phillips pada Mac 1940 | |
| Nama samaran | Tom Thumb |
| Kelahiran | 19 Februari 1888 Kastil Pendennis, Falmouth, Cornwall |
| Meninggal dunia | 10 Disember 1941 (umur 53) Laut China Selatan, luar pantai Kuantan, Tanah Melayu |
| Kesetiaan | United Kingdom |
| Perkhidmatan | Royal Navy |
| Tahun perkhidmatan | 1903–1941 |
| Pangkat | Laksamana |
| Arahan | Force Z (1941) Armada Timur (1941) Stesen China (1941) Flotila Pembinasa Armada Negeri (1938–39) HMS Hawkins (1932–35) Flotila Ke-6 Pembinasa (1928–29) HMS Campbell (1928–29) HMS Verbena (1924–25) |
| Pertempuran | Perang Dunia I Perang Dunia II |
| Anugerah | Knight Commander of the Order of the Bath |
Laksamana Sir Thomas "Tom" Spencer Vaughan Phillips KCB (19 Februari 1888 - 10 Disember 1941) adalah seorang pegawai Royal Navy yang berkhidmat di kedua-dua Perang Dunia Pertama dan Perang Dunia Kedua. Beliau diberi nama jolokan "Tom Thumb", kerana fizikalnya yang rendah. Beliau menjadi terkenal sebagai pemerintah Force Z semasa pencerobohan Jepun ke atas Tanah Melayu, dimana beliau tenggelam bersama-sama kapal panglimanya, iaitu kapal tempur HMS Prince of Wales. Phillips merupakan salah seorang pegawai tertinggi tentera Bersekutu yang terbunuh dalam pertempuran semasa Perang Dunia Kedua.