Tokong Thean Hou
| Tokong Thean Hou | |
|---|---|
| 天后宫 | |
Pemandangan struktur Tokong Thean Hou | |
Ditunjukkan dalam Semenanjung Malaysia Tokong Thean Hou (Malaysia) | |
| Info asas | |
| Lokasi | Seputeh, Kuala Lumpur |
| Koordinat geografi | 3°7′18″N 101°41′16″E / 3.12167°N 101.68778°E |
| Agama | Agama Buddha, Konfusianisme, Taoisme |
| Kedewaan | Mazu 妈祖 Guan Yin 观音 Shui Wei Sheng Niang 水尾圣娘 |
| Negara | Malaysia |
| Pemilikan | Persatuan Hainan Selangor Dan Wilayah Persekutuan |
| Laman web | www.hainannet.com.my |
| Penerangan seni bina | |
| Jenis seni bina | Tokong Cina |
| Disiapkan pada | 1987 |
| Tokong Thean Hou | |||||||||||||||||
|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Tokong Thean Hou pada waktu Malam. | |||||||||||||||||
| Tulisan Cina Ringkas | 天后宫 | ||||||||||||||||
| |||||||||||||||||
Tokong Thean Hou merupakan sebuah tokong Cina dengan enam tingkat yang berada di Kuala Lumpur, Malaysia. Tokong ini mempunyai tanah seluas 1.67 ekar (6,760 m²) di atas Robson Heights sepanjang Lorong Bellamy, menghadap Jalan Syed Putra (Lebuhraya Persekutuan). Tokong ini siap pada tahun 1987 lalu dibuka secara rasmi pada tahun 1989. Hartanya dimiliki dan dikendali oleh Persatuan Hainan Selangor & Wilayah Persekutuan (雪隆海南会馆). Tokong yang dibina oleh suku Hainan di Kuala Lumpur didedikasi kepada Dewi Tian Hou (妈祖).