TiungSAT-1
TiungSAT-1 merupakan mikrosatelit Malaysia yang pertama. Satelit ini telah dibangunkan melalui pemindahan teknologi dan program latihan antara syarikat Astronautic Technology (ATSB) Malaysia dengan Surrey Satellite Technology, United Kingdom. TiungSAT-1 telah dilancarkan di atas roket Dnepr dari Kosmodrom Baikonur, Kazakhstan pada 26 September 2000.
Pada Mei 2002, muatan radio amatur pada satelit itu telah dinamakan OSCAR-46 Malaysia, atau MO-46.