Titi Kamal
Titi Kamal | |
|---|---|
| Kelahiran | Kurniaty Kamalia 7 Disember 1981 |
| Warganegara | Indonesia |
| Pekerjaan | Pelakon, Penyanyi, Peragawan |
| Tahun aktif | 1998 - kini |
| Pasangan | Christian Sugiono |
| Anak-anak | Arjuna Zayan Sugiono |
| Ibu bapa | H.Kamal (bapa) Elly Rosniati (ibu) |
Kurniaty Kamalia (lahir 7 Disember 1981) atau lebih dikenali sebagai Titi Kamal ialah seorang pelakon, peragawan dan penyanyi Indonesia. Beliau mula dikenali menerusi watak Maura lakonannya dalam filem Ada Apa Dengan Cinta? (2002). Namanya semakin terkenal ketika beliau menyanyikan lagu "Jablai" yang sempat menjadi hits. Kerana komitmennya sebagai pelakon, Titi Kamal hanya menyanyikan lagu itu untuk filem Mendadak Langit.