Ada Apa Dengan Cinta?
| Ada Apa Dengan Cinta? | |
|---|---|
Poster keluaran tayangan | |
| Pengarah | Rudi Soedjarwo |
| Penulis | Riri Riza Mira Lesmana Prima Rusdi |
| Lakon layar | Jujur Prananto |
| Dihasilkan oleh | Mira Lesmana Riri Riza |
| Dibintangi | Dian Sastrowardoyo Nicholas Saputra Titi Kamal Ladya Cheryl Sissy Priscillia Adinia Wirasti Dennis Adhiswara Mang Diman |
| Sinematografi | Roy Lolang |
| Disunting oleh | Dewi S. Alibasah |
| Muzik oleh | Anto Hoed Melly Goeslaw |
Syarikat penerbitan | |
| Diedarkan oleh | Miles Productions SinemArt |
Tarikh tayangan | 7 Februari 2002 |
Masa tayangan | 112 minit |
| Negara | Indonesia |
| Bahasa | Indonesia |
| Bajet | Rp4 juta (anggaran) |
Ada Apa Dengan Cinta? ialah sebuah filem romantis Indonesia 2002 arahan Rudi Soedjarwo dan dibintangi oleh Nicholas Saputra dan Dian Sastrowardoyo. Filem ini ditayangkan selepas filem Petualangan Sherina yang dikeluarkan terlebih dahulu. Lagu tema Ada Apa dengan Cinta? yang dinyanyikan oleh Melly Goeslaw dan Eric menjadi hit dan penggambaran filem dibuat di beberapa lokasi di kawasan-kawasan seperti Gambir, Menteng serta Kebon Jeruk, Jakarta.
Filem ini meraih kejayaan yang besar di Indonesia bersama filem Petualangan Sherina (2000) yang menandakan kebangkitan kembali dunia perfileman Indonesia. Filem ini juga ditayangkan di Malaysia, Brunei, Filipina dan Singapura.