Tingkah laku anjing
Tingkah laku anjing ialah gerak balas yang diselaraskan secara dalaman oleh individu atau kumpulan anjing bela jinak terhadap rangsangan dalaman dan rangsangan luaran. Tingkah laku anjing telah dibentuk oleh tempoh ribuan tahun perhubungan dengan manusia dan gaya hidup mereka. Sebagai hasil daripada evolusi fizikal dan sosial ini, anjing telah memperoleh keupayaan untuk memahami manusia dan berkomunikasi dengan manusia. Para saintis tingkah laku telah mengungkaikan pelbagai kebolehan sosial-kognisi pada anjing bela jinak. Tingkah laku anjing dipengaruhi daripada gabungan banyak faktor fisiologi, keadaan atau isu persekitaran, dan interaksi manusia; kesemuanya memainkan peranan dalam perkembangan tingkah laku dan kebajikan anjing.