Tindak balas asid–bes
| Asid dan bes |
|---|
|
| Jenis-jenis asid |
| Jenis-jenis bes |
Tindak balas asid–bes ialah tindak balas kimia yang berlaku antara asid dengan bes. Beberapa konsep wujud yang menyediakan takrifan alternatif untuk mekanisme tindak balas terlibat dan kegunaannya dalam menyelesaikan masalah berkaitan. Sungguhpun ada perbezaan takrifan, kepentingannya menjadi nyata sebagai keadah analisis berlainan apabila digunakan kepada tindak balas asid–bes untuk spesies gas atau cecair, atau apabila ciri asid atau bes mungkin agak kurang nyata. Yang pertama daripada konsep sains asid dan bes disediakn oleh ahli kimia Perancis, Antoine Lavoisier, pada kira-kira 1776.