Timurlang
| Amir Timur | |
|---|---|
Patung kepala ukiran Mikhail Mikhaylovich Gerasimov berdasarkan tengkorak tinggalan | |
| Pemerintahan | 9 April 1370– 14 Februari 1405 |
| Pertabalan | 9 April 1370, Balkh |
| Nama penuh | Shuja-ud-din Timur |
| Keputeraan | 9 April 1336 |
| Tempat keputeraan | Kesh, Khanate Chagatai (kini Uzbekistan) |
| Mangkat | 19 Februari 1405 (umur 68) |
| Tempat mangkat | Otrar, Farab, berdekatan Shymkent, Syr Darya (kini Kazakhstan) |
| Dimakamkan | Gur-e-Amir, Samarkand |
| Pendahulu | Amir Hussain |
| Pengganti | Khalil Sultan |
| Pasangan | Saray Mulk Khanum Chulpan Mulk Agha Aljaz Turkhan Agha Tukal Khanum Dil Shad Agha Touman Agha seoranh lagi isteri |
| Anakanda | Miran Shah Shahrukh Mirza |
| Kerabat diraja | Barlas Timur |
| Ayahanda | Muhammad Taraghai |
| Bonda | Tekina Mohbegim |
| Agama | Islam |
Timurlang (Parsi: تيمور لنگ Temūr(-i) Lang; Templat:Lang-chg Aqsaq Temür, 'Timur yang Tempang'; bahasa Inggeris: Tamerlane), Timūr Gurkānī (Templat:Lang-chg Temür Küregen) atau nama ringkasnya Timur (Templat:Lang-chg Temür 'Besi'; 9 April 1336 – 14 Februari 1405) adalah orang Turki yang terkenal pada abad ke-14 sebagai penakluk dan pemerintah di Asia Tengah, terutamanya sebagai pengasas Empayar Timuriyah di selatan Rusia dan Parsi.
Pemerintahan baginda dilihat banyak menyatupadukan Asia Tengah dengan kuat kepada dunia Islam sehingga ada mendapat pujian dalam penulisan sejarah berpengaruh Ibnu Khaldun; namun baginda amat dibenci di tanah-tanah Arab, Parsi dan India kerana kehancuran dan malapetaka yang menimpa dala penaklukannya terutamanya pemusnahan kota Baghdad dan Damsyik. Pandangan terhadapnya dalam kalangan masyarakat Eropah: ada kerajaan yang melihatnya sebagai suatu sekutu tetapi ada juga yang melihatnya sebagai ancaman kepada Eropah.