Timbuktu

Timbuktu
ⵜⵏⴱⴾⵜ (Tamashek)
Tumbutu (Koyra Chiini Songhay)
City
Transkripsi  
 • Koyra Chiini:Tumbutu
Pemandangan kota
dari puncak Masjid Sankore
Ralat Lua pada baris 511 di Modul:Location_map: Tidak dapat cari takrifan peta lokasi yang ditentukan: "Modul:Peta lokasi/data/Mali" tidak wujud.
Koordinat: 16°46′33″N 3°00′34″W / 16.77583°N 3.00944°W / 16.77583; -3.00944
NegaraMali
KawasanKawasan Tombouctou
CercleTimbuktu Cercle
Settledkurun ke-5 SM
Pentadbiran
 • Datuk bandarHallé Ousmane
Aras
261 m (856 ft)
Penduduk
 (2009)
 • Jumlah54,453
IklimBWh
KriteriaCultural: ii, iv, v
Rujukan119
InskripsiSesi 1988 (ke-12 )
Terancam1990–2005; 2012–kini

Timbuktu (bahasa Tuareg: ⵜⵏⴱⴾⵜ Tin Buqt, Arab: تُمْبُكْتُو, rumi: Tumbuktū, Perancis: Tombouctou, bahasa Koyra Chiini: Tumbutu) ialah suatu kota terletak jauh 20 km (12 bt) utara dari sungai Niger di Mali. Ia berpendudukan sebanyak 54,453 orang setakat sensus 2009.

Ia dijadikan petempatan tetap seawal abad ke-12 di mana ia makmur hasil perdagangan garam, gading, hamba abdi dan emas. Ia menjadi sebahagian daripada Empayar Mali seawal kurun ke-14 namun ditawan puak-puak Tuareg pada awal kurun ke-15, ia diserap dalam Empayar Songhai sekitar tahun 1468. Ia ditawan tentera Saadi dalam pertempuran Tondibi tahun 1591; Timbuktu dijadikan kota utama dinasti tersebut. Sejak itu, kota ini semakin lama semakin hilang kepentingannya.

Kota ini pernah menjadi tumpuan para ilmuwan Islam serata Afrika dengan adanya madrasah Sankore yang merupakan pusat pengajian utama serantau benua tersebut. Ia dijadikan Tapak Warisan Dunia oleh Jawatankuasa Warisan Dunia UNESCO tahun 1988 hasil penilaian kepentingan sejarah kawasan ini serta binaan-binaan masjidnya kepada perkembangan Islam di Afrika.