Tiba-tiba
| "Tiba-tiba" | ||||
|---|---|---|---|---|
| Single oleh Dayang Nurfaizah | ||||
| daripada album 20 07 | ||||
| Dilancarkan | 2 Oktober 2007 | |||
| Format | CD | |||
| Genre | R&B, Gospel | |||
| Panjang | - | |||
| Syarikat | New Southern Records | |||
| Penulis | Amer Munawer | |||
| Penerbit | Amer Munawer | |||
| Kronologi single Dayang Nurfaizah | ||||
| ||||
| sunting · sunting di Wikidata | ||||
Tiba-tiba merupakan sebuah lagu R&B dengan sentuhan muzik gospel yang dinyanyikan oleh penyanyi R&B tershor Dayang Nurfaizah untuk album solo keenamnya yang berjudul 20 07. Ia cipta oleh ahli kumpulan Ruffedge, Amer Munawer dan merupakan kolaborasi kedua mereka selepas kejayaan lagu Kasih Maafkan. Lagu ini dijadikan single ketiga untuk album tersebut dan disifatkan agak asing untuk pasaran muzik tempatan kerana muzik gospel agak jarang dimainkan.
Dayang mempertaruhkan kekuatan vokalnya untuk bersaing dengan nyanyian latar yang berbentuk koir. Lagu ini pertama kali dinyanyikan Dayang ketika acara separuh akhir Ikon Malaysia 2007 menyaksikan Dayang mara ke peringkat akhir. Video muzik lagu ini diarahkan oleh Paul Wong.