Amer Munawer bin Yusoff
Amer Munawer | |
|---|---|
| Nama lahir | Amer Munawer bin Yusoff |
| Juga dikenali sebagai | Amer Yusoff |
| Kelahiran | 6 Oktober 1977 Alor Star, Kedah |
| Asal | Malaysia |
| Genre | 2003 - 2007,2018 kini: R&B, Hip hop 2010: Kerohanian |
| Pekerjaan | Penyanyi , Penggubah lagu , Ahli perniagaan |
| Alat muzik | Vokal |
| Tahun aktif | 2003 - sekarang |
| Kegiatan berkaitan | Ruffedge, Al-Mawlid |
| sunting ยท sunting di Wikidata | |
Amer Munawer bin Yusoff (lahir 6 Oktober 1977) atau juga dikenali sebagai Amer Ruffedge merupakan bekas anggota kumpulan Ruffedge yang pernah popular pada awal hingga pertengahan dekad 2000-an.
Beliau menyertai kumpulan tersebut pada tahun 2003 dan sempat menghasilkan empat buah album sebelum mengundurkan diri pada tahun 2007.
Pada tahun 2010 Amer menubuhkan kumpulan Al-Mawlid yang menyampaikan lagu-lagu selawat.
Setelah 10 tahun meninggalkan Ruffedge, Amer kembali menyertai kumpulan Ruffedge selama setahun sebelum meninggalkan kumpulan itu buat kali kedua.